Anggota KOKOMAS
Kelayakan menjadi anggota
Keanggotaan KOKOMAS ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas yang berminat dalam industri PENGURUSAN HARTANAH, SISA PEPEJAL, PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK dan Servis Komuniti seluruh Selangor.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi KOKOMAS ini dan dialamatkan kepada Setiausaha KOKOMAS atau Pegawai KOKOMAS yang dipertanggungjawabkan.
- Permohonan menjadi anggota baru hendaklah dibayar semasa mohon kelulusan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja).
- Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan Fi masuk sebanyak RM150.00 (Ringgit: Seratus Lima Pulih Sahaja).
- Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
(BORANG PERMOHONAN ANGGOTA BARU)
Akuan Anggota (IKRAR ANGGOTA)
(1) Tiap-tiap koperasi yang menjadi anggota hendaklah, melalui individu yang diberi kuasa olehnya, menandatangani suatu ikrar bahawa ia akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan yang dibuat dengan sah.
(2) Sesuatu koperasi yang telah menjadi anggota dikehendaki menandatangani ikrar menurut fasal (1), melalui individu yang diberi kuasa olehnya, dalam tempoh empat belas hari selepas diterima sebagai anggota KOKOMAS.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu. Sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
Modal Syer Minimum (TAMBAH MODAL SYER)
Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) modal syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.
Seksyen 33 Akta Koperasi 502 – Menghadkan Modal Syer seorang Anggota tidak boleh melebihi 20% pada satu satu masa.
Semua Permohonan Tambah Modal Syer hendaklah dibuat melalui Borang Tambah Modal Syer dan mendapat kelulusan Mesy ALK
Penama
UUK Fasal 18(2) menghendaki Anggota dengan dua(2) saksi menamakan PENAMA yang akan mengambil alih hak anggota setelah kematian anggota.